Sabtu, 30 Jun 2012


Assalmmualaikum sahabat sekalian…
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Tutorial, Penerokaan, Aplikasi, dan  Komunikasi. Hakikatnya sahabat sekalian perkembangan teknologi dalam kehidupan seharian menuntut kita semua membuat anjakkan peradigma kepada pembudayaan teknologi dalam kehidupan seharian.
Di Malaysia, penggunaan komputer bermula pada lewat tahun 1990-an. Pada masa kini aplikasi komputer telah diterap penggunaannya di sekolah-sekolah sebagai satu usaha budaya celik komputer. Ledakan teknologi ini telah menjadikannya sebagai satu peralatan teknologi yang berperanan sebagai alat komunikasi, alat pendidikan dan alat perhubungan yang dapat membantu menjana informasi secara global.
Teknologi maklumat & komunikasi dalam tutorial
*      Ia merupakan proses penyampaian kandungan pelajaran berdasarkan urutan tertentu.
*      Bahan yang digunakan ialah computer, perisian CD-ROM, laman web dan sebagainya.
*      Contoh seperti ekspositori, demontrasi, latih tubi dan sebainya.
*      Kelebihan tutorial ialah:
·         Pembelajaran individu
·         Belajar ikut kemampuan sendiri
·         Meningkatkan motivasi
·         Penyeliaan minimum
*      Kelemahan tutorial ialah:
·         Tidak produktif
·         Penyalahgunaan ICT
·         Terlalu banyak masa digunakan
·         Perisian tidak bermutu-pembaziran
Teknologi maklumat & komunikasi dalam penerokaan
*      Penerokaan pula melibatkan pelajar untuk mencari atau mengekses maklumat daripada CD-ROM mahupun Internet.
*      Iajuga merupakan penyelesaian masalah bagi pelajar mengawal atau menentukan maklumat pembelajaran.
*      Kelebihan Pembelajaran Penerokaan ialah:
·         Pelajar bebas membuat penyesuaian pembelajaran mengikut keperluan sendiri.
·         Pelajar aktif bina pengetahuan  khususnya mencari maklumat terkini dengan cepat, pantas dan relevan melalui penggunaan internet.
·         Sesuai dengan konsep pembelajaran terkini dimana dapat mewujudkan kumpulan pembelajaran secara maya. Simulasi dapat melaksanakan proses pembelajaran dan melakukan aktiviti secara maya.
*      Kelemahan Pembelajaran Penerokaan ialah:
·         Pelajar hilang tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
·         Masa pembelajaran lebih lama
Teknologi maklumat & komunikasi dalam pembelajaran aplikasi
*      ICT sebagai alat untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran bukan menyalurkan maklumat
*      Contoh : CAD, Photoshop dan lain-lain
*      Tugasan akan lebih mudah dan cepat
*      Kelebihan Pembelajaran Aplikasi ialah:
·         Pelajar dapat memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran
·         Guru dapat menguji minda pelajar agar pelajar dapat berfikir secara lebih kritis dan kreatif
·         Pelajar dapat tingkatkan kecekapan dan ketepatan dalam menyelesaikan persoalan yang diberikan oleh guru.
*      Kelemahan Pembelajaran Aplikasi ialah:
·         Pelajar pelbagai kecerdasan sukar untuk disatukan
·         Tanpa penerangan dan pengawasan daripada guru dan orang yang lebih dewasa pelajar mungkin akan gagal dalam pembelajaran.
·         Masa pembelajaran sukar dikawal kerana memakan masa yang lama dalam pembelajaran aplikasi ini.
 Teknologi maklumat & komunikasi dalam pembelajaran                    komunikasi
*     Pelajar dan guru yang dari lokasi berbeza dapat menghantar atau menerima untuk berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk dan format
*     Ia menggunakan teknik sendirian atau perseorangan melibatkan dengan individu tertentu atau secara beramai-ramai.
*     Ia turut melibatkan kaedah Kolaboratif
*     Kelebihan Pembelajaran Komunikasi
·         Pembelajaran kolaboratif
·         Kaedah ini meningkatkan penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
·         Kaedah ini mampu berkomunikasi terus dengan pakar-pakar dari seluruh dunia dan perolehan maklumat itu akan lebih tepat dan padat.
*     Kelemahan Pembelajaran Komunikasi
·         Terlalu leka berkomunikasi dan impaknya pada pengajaran dan pembelajarankerana hilang fokus dan tumpuan
·         Ia melibatkan kos pengajaran dan pembelajaran yang tinggi
·         Masa pengajaran dan pembelajaran yang lama mungkin akan membosankan pelajar.



Ahad, 24 Jun 2012

assalammualaikum.... alhamdulillah hari ini berjaya juga create blog ilmiah.. untuk dikongsi bersama2 kawan semua.. terima kasih diucapkan kpd pn. faridah atas tunjuk ajar yg diberikan

hari ini, saya ingin berkongsi maklumat tentang definisi tmk dan tm yg diperoleh daripada blog http://muhammadadib88.blogspot.com/


Teknologi maklumat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arahcari
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Komponen Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut:

 Teknologi

Teknologi merujuk kepada PerkakasanPerisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk LinuxUNIXMac OS danWindows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.
Dari segi komersial dan pembangunan sistemperisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:
  • Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMAatau dibeli berserta kod sumber seperti LinuxFreeBSD, dan OpenOffice.
  • Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.
Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internetsatelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:
  • Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb
  • Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb
  • Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit

 Organisasi

Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeza seperti rajah dibawah.

 Pengguna

Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut.
Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb
Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb

 Sejarah teknologi maklumat

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronikkomputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.
Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert danJohn Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar(VLSI).

 Teknologi maklumat pada hari ini

Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkumi banyak aspekpengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang.
Ahli-ahi profesional melakukan berbagai-bagai tugas yang berbeza-beza dari pemasanganperisian penggunaan sehingga perekaan bentuk rangkaian komputer dan pangkalan datamaklumat. Sebilangan tugas yang dilakukan oleh mereka adalah seperti yang berikut:
Senarai topik berkait yang lebih luas dibekalkan di bawah.

Pertubuhan industri

Seluruh dunia

Perikatan Teknologi dan Perkhidmatan Maklumat Dunia (WITSA) ialah sebuah konsortium yang terdiri dari melebihi 60 buah persatuan industri teknologi maklumat (IT) daripada ekonomi-ekonomi di seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 1978 dengan nama Persatuan Industri Perkhidmatan Pengkomputan Dunia, WITSA semakin memainkan peranan sokongan yang aktif terhadap persoalan-persoalan dasar awam tentang penciptaan infrastruktur maklumat sejagat yang kuat dan berkesan.
Pertubuhan-pertubuhan utama yang lain termasuk:
  • Amerika Syarikat: Persatuan Teknologi Maklumat Amerika (ITAA), sebuah kumpulan perdagangan industri untuk syarikat-syarikat teknologi maklumat Amerika Syarikat.
  • NASSCOM, sebuah persatuan untuk syarikat-syarikat teknologi maklumat India.
  • United Kingdom: Persatuan Komputer British (BCS), sebuah badan untuki mereka yang bertugas dalam bidang teknologi maklumat di United Kingdom. Ia adalah badan pengkomputan profesional yang terbesar di United Kingdom, dengan keahlian melebihi 58,000 orang ahli di melebihi 100 buah negara di seluruh dunia