Selasa, 11 September 2012

boolean

BOOLEAN
DEFINISI BOOLEAN
§  Pencarian Boolean adalah pencarian yang berdasarkan logik Boolean yang telah dibangunkan oleh George Boole. Ia menggunakan tiga operator asas, iaitu AND, OR dan NOT, untuk mencari  maklumat secara lebih dan tepat daripada pencarian terperinci kata kunci biasa.

§  Operator Boolean ini digunakan untuk menggabungkan kata-kata kunci yang berkaitan semasa mencari maklumat. AND dan NOT’ boleh mengecilkan skop pencarian manakala OR boleh meluaskan skop pencarian

CONTOH DI INTERNET
§  Pencarian  ‘black pepper’  AND  white pepper’ akan  menghasilkan  carian maklumat  mengenai  kedua-dua perkara  tersebut

§  Pencarian ‘black pepper ’ OR white pepper’ akan menghasilkan carian maklumat mengenai mana-mana satu daripada perkara tersebut.

§  Pencarian ‘black pepper’ NOT white pepper’ akan menghasilkan carian mengenai ‘black pepper’ sahaja.

CONTOH PENCARIAN:PIRAMID MAKANAN
§  Enjin pencarian akan mencari tapak web yang menggabungkan kedua-dua perkataan.

§  Enjin pencarian akan mencari salah satu maklumat dari tiap perkataan.

§  Enjin pencarian akan mencari  satu sahaja maklumat iaitu piramid tetapi bukan makanan.

Selasa, 31 Julai 2012


MEMASUKKAN AUDIO KE DALAM PERSEMBAHAN POWER POINT
Klip audio boleh dimasukkan ke dalam persembahan. Untuk menambah klip audio :
·         Klip butang Audio dalam tab Insert.
·         Pilih Sound from File, Sound from Video Organizer, Play CD Audio Track, atau Record Sound.
Mengedit pilihan audio :
v  Klik ikon Sound
v  Klik tab Options

PENGGUNAAN SINGKATAN DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT


PENGGUNAAN SINGKATAN DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT

SINGKATAN
PENGERTIAN
ASF
Advance Streaming Format
GIF
Graphic Interchange Format
BMP
Bitmap Image File
JPEG
Joint Picture Expert Group
PNG
Portable Networks Graphic
TIFF
Tagge File Format
WWW
World Wide Web
URL
Uniform Resource Locator
DVD
Digital Video Disc
WAP
Wireless Access Protocol
.com
Commercial
.org
Organization
.net
Network
.co.id(optional)
Cooperative / Cooperation Indonesia ( uk=United Kingdom / hk=Hong Kong)
http
Hyper Text Transfer Protocol
html
Hyper Text Markup Language
sql
Struqture Query Language
asp
Activ Service Page

Ahad, 8 Julai 2012


Assalammualaikum rakan-rakan seperjuangan,
Pembelajaran kami hari ini sangat menerujakan kerana pembentangan oleh setiap kumpulan yang mengupas setiap persoalan yang diberikan secara mendalam seterusnya memberikan maklumat yang banyak mengenai tajuk tugasan yang diberikan. Disini kami sertakan tajuk tugasan yang diberikan oleh Pn Faridah untuk rakan-rakan lebih jelas tentang jawapan yang kami telah bincangkan didalam bilik kuliah.
Soalan Minggu Ke-3
1.     Nyatakan 4 kelebihan dan 2 kelemahan kepentingan internet kepada guru.
2.     Nyatakan 4 kelebihan dan 2 kelemahan kepentingan internet kepada pelajar.
3.     Nyatakan faedah TMK dalam P&P Pendidikan Jasmani.
4.     Bagaimana TMK boleh dimanfaatkan dalam P&P Pendidikan Jasmani.
5.     Nyatakan ciri-ciri CASPER.
________________________________________________________
Sebelum kami mengupas setiap soalan dengan lebih terperinci, kami ingin menerangkan terlebih dahulu apa yang dikatakan mengenai internet.
          Internet ( Inter-Network) merupakan sekumpulan jaringan komputer yang menghubungkan antara akademik, pemerintahan, komersial, organisasi, mahupun perseorangan.Internet menyediakan akses untuk layanan telekomunikasi dan sumber daya informasi untuk jutaan pemakaiannya yang tersebar diseluruh dunia. Layanan internet meliputi komunikasi langsung ( email, chat), diskusi ( Usenet News ,Bulletin Board), sumber daya informasi yang terdistribusi ( World Wide Web ), remote login dan lalu lintas fail ( Telnet, FTP), dan aneka layanannya.
1)Kelebihan internet kepada guru.
a)Internet banyak memberikan kelebihan kepada guru, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
b)Guru hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan  maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
c)Guru dapat memuat turun video-video menarik dari internet untuk dimasukkan dala p n p bagi menarik perhatian pelajar dan dijadikan sebagai bahan contoh atau bukti dalam menerangkan sesuatu matapelajaran keada pelajar.
d)Guru juga memasukkan bahan-bahan pembelajaran misalnya mewujudkan blog peribadi bagi memudahkan pelajar mendapat makluat atas bahan ilmu.
Terdapat beberapa keburukan Internet kepada guru seperti :
a)Seseorang itu akan leka apabila melayari internet contohnya ketika melayari laman sesawang, seseorang itu akan berada dalam keadaan leka kerana terlalu asyik berchatting, bermain game dan sebagainya.
b)Guru hanya akan mengharapkan pada bantuan internet sahaja tanpa ada daya usaha untuk memperolehi bahan dari sumber lain.

Pornografi
Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.
2) Kelebihan Internet Kepada Pelajar.
a)Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia pada masa kini.
b)Pelajar dapat meneroka aplikasi komputer dengan lebih mendalam apabila meluangkan masa dengan sebaiknya di hadapan komputer.
c)Pelajar dapat bertukar pendapat menerusi Buletin Board.
d)Pelajar dapat melakukan pendidikan jarak jauh secara online dan berinteraksi dengan pensyarah tanpa perlu menghadirkan diri ke kelas.

Keburukan Internet Kepada Pelajar
Ketagihan internet dikalangan remaja boleh menyebabkan otak mengecut
Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam. Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLOS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet. Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu. Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.

Medium penyebaran dakyah jahat
Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan memburukkan-burukkan agama Islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Seperti yang kita ketahui ramai pelajar  atau remaja yang menjadi dalang kepada penyebaran dakyah-dakyah seperti ini. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.



3) Faedah TMK dalam P&P Pendidikan Jasmani.                                              
a)     Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar.
b)    Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran pendidikan jasmani.
c)     Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
d)    Membolehkan murid mengakses maklumat mengenai pendidikan jasmani.
e)     Memberi peluang kepada murid untuk menjalani pembelajaran dengan lebih berkesan melalui bimbingan daripada guru.
4) Cara TMK boleh dimanfaatkan dalam P&P Pendidikan Jasmani.
a)     Penggunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
b)    Guru mesti menggunakan ICT yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P.
c)     Terdapat perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.

5) Prinsip Pembinaan Bahan Persembahan Bersama CASPER
          Terdapat 6 prinsip yang perlu diambil perhatian sewaktu membina bahan ICT untuk digunakan dalam proses P & P. Prinsip-prinsip tersebut ialah
a)     Contrast ( berlawanan ).
- Sesebuah persembahan yang menarik perlulah mempunyai unsure yang berlawanan dari segi warna , imej dan tipografi yang digunakan. Guru harus bijak menggunakan unsure supaya matlamat P&P tercapai.
b)     Alignment ( Susun atur ).
- Imej dan tipografi yang hendak dimasukkan sebagai bahan persembahan hendaklah disusun dengan baik. Susu atur yang kemas dengan perancangan teliti dapat menghasilkan sebuah persembahan yang mantap dan berkesan.



c)     Simplicity ( permudahkan ).
- Jangan padatkan sesebuah persembahan dengan imej atau tipografi sehingga boleh mengganggu penumpuan pelajar. Uruskan persembahan semudah yang mungkin tetapi member impak yang berkesan kepada pelajar.
d)    Proximity ( jarak ).
- Segala imej dan teks yang digunakan dalam persembahan hendaklah disusun dengan mengambil kira jarak antara satu sama lain.Pastikan jarak antara teks dan grafik berada dalam kedudukan yang selesa.
·        Jarak antara teks dengan teks.
·        Jarak antara teks dengan grafik.
·        Jarak antara grafik dengan grafik.
e)     Emphasis ( keutamaan )
- Sesebuah persembahan harus mampu menarik perhatian pelajar terhadap apa yang hendak difokuskan oleh guru. Isi yang hendak difokuskan dalam persembahan hendaklah lebih menonjol dan jelas daripada item yang lain.
f)      Rpetition ( pengulangan berkesan )
- Sesebuah persembahan sebaik-baiknya wujud pengulangan yang berkesan dari segi :
·        Warna ( latar belakang dan teks )
·        Jenis dan saiz “ font ”
·        Imej dan bentuk